Tentang I-STATUS HADIS


I-STATUS HADIS adalah inovasi berasaskan Internet yang menyediakan status hadis Nabi. Ia membolehkan pengguna untuk segera menentukan kesahihan hadis dengan menyerlahkan sebahagian daripada teks hadis tersebut dan status akan muncul melalui popup. Teks penuh hadis termasuk statusnya yang ditentukan oleh ulama hadis yang boleh dipercayai akan dipaparkan.

Pengguna Internet biasanya menemui sejumlah besar hadis di pelbagai sumber digital atau tapak web di Internet. Masyarakat Islam perlu menyekat daripada mengamalkan atau terlibat dalam penyebarkan hadis palsu. Kebiasaannya adalah sukar untuk masyarakat mencari status hadis dengan mudah. Ada sebilangan hadis yang digunakan juga tidak dijelaskan statusnya. Aplikasi ini dibangunkan untuk membantu pengguna untuk mengenalpasti status hadis dengan lebih mudah.

Kumpulan The hadis Project, USIM berusaha untuk membantu masyarakat untuk menghadapi maklumat dalam dunia digital dalam aspek status informasi hadis yang wujud dan disebarkan melalui Internet. Seandainya ada maklumat tentang sesuatu ibadah atau hukum yang ada disandarkan kepada sebarang hadis Nabi, pengguna boleh merujuk status hadis berkenaan sama ada Muttafaq 'Alaih, Sahih Hasan, Dhaif, Dhaif Munkar atau Palsu. Kumpulan kami komited untuk sentiasa mempertingkatkan dan memperbaiki fungsi serta mutu isi kandungan sistem ini. Wassalam.

Flow sistem i-Status Hadis
Flow sistem i-Status Hadis




i-Status Hadis @ The Hadith Project, USIM 2021 - 2024